Wednesday, June 3, 2009

PERIMBANGAN SETERUSNYA

Perimbangan Perkataan

Malaikat dan Shaytan

Malaikat dan Shaytan merupakan perkara yang tergolong dalam kumpulan akeedah yang bersifat Ruhaniyyah atau Ghaibiyyah. Kedua-duanya adalah makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata. Kedua-duanya mempunyai sifat yang berlawanan. Malaikat sentiasa patuh kepada suruhan dan perintah Allah sedangkan Shaytan entiasa engkar kepada perintah Allah. Perkataan al-Malaikat dan al-Shaytan disebut di dalam al-Quran dengan kekerapan yang sama iaitu 68 kali walaupun ia disebut dalam ayat yang berlainan. Umpamanya perkataan al-Malaikat disebut dalam ayat 21 Surah al-Baqarah:
.



Dan perkataan as-Shaytan umpamanya disebut dalam ayat 208 Surah al-Baqarah:
.



Lihat petikan di bawah ini. Perkataan al-Malaikat dan as-Shaytan.

.




dan


Cuba Fikir Sejenak! bagaimana author Quran menyeimbangakan perkataan-perkataan tertentu dalam al-Quran?



.

Nisbah antara Lautan dan Daratan di atas Bumi
.

Nisbah antara dararatan dan lautan di atas muka bumi ini adalah bersifat anggaran.Dan anggaran ini berbeza-beza mengikut para pengkaji. Namun secara umumnya ia adalah lebihkurang 71% lautan dan 29% daratan. Nisbah ini mengikut ramalan ahli sains akan menjadi bertambah besar iaitu apabila keluasan lautan bertambah dan keluasan daratan berkurangan disebabkan fenomena pemanasan suhu bumi yang menyebabkan ais di kutub cair.


.
Perkataan al-Barr yang bermaksud daratan disebut 12 kali.






Perkataan Bahr disebut sebanyak 33 kali seperti yang tertera dalam gambar di bawah.





.

Pengiraan Peratus Lautan dan Daratan

Kekerapan